Produk dan perkhidmatan Huawei

Huawei tertumpu kepada tiga bidang utama perniagaan:

  1. Rangkaian Pembawa Telekom, rangkaian dan perkhidmatan telekomunikasi
  2. Perniagaan Perusahaan, pembekalan peralatan, perisian dan perkhidmatan kepada konsumer syarikat
  3. Peranti, penghasilan peranti komunikasi elektronik

Pada Januari 2011, Huawei mengumumkan Perniagaan Perusahaannnya akan membekalkan infrastruktur rangkaian, komunikasi talian tetap dan wayarles, pusat data, dan penyelesaian pengkomputeran awan untuk pelanggan telekomunikasi global. Huawei menyatakan bahawa matlamatnya adalah untuk meningkatkan jualan perusahaannya daripada US$4 bilion pada tahun 2011 kepada $15 bilion dalam tempoh masa tiga hingga lima tahun.

Rangkaian Telekom

In 2010, revenues for Telecom Networks were US$18.79 billion.[66]Huawei menawarkan pelbagai penyelesain dan teknologi rangkaian untuk membantu operator telekomunikasi mengembangkan kapasiti rangkaian jalur lebar mudah alih mereka. Penyelesaian rangkaian teras Huawei menawarkan suis lembut mudah alihg dan talian tetap, bertambah dengan home location register (LHR) generasi baru dan protocol IMS. Huawei membantu pembekal perkhidmatan kandungan (content service) yang ingin bertukar daripada tembaga kepada serat yang penyelesaiannya menyokong xDSL, rangkaian optikal pasif(PON) and PON generasi baru (NG PON) dalam platform tunggal. Syarikat itu juga menawarkan infrastruktur mudah alih, akses jalur lebar dan penghala dan suis pembekal perkhidmatan (SPRS). Produk perisian Huawei termasuk platform penghantaran perkhidmatan (SDPs), BSSs, Rich Communication Suite dan penyelesaian rumah digital dan pejabat mudah alih.

Pada tahun 2010, keuntungan dalam Rangkaian Telekom adalah sebanyak US$18.79 bilion.

Perkhidmatan Global

Perkhidmatan Global Huawei membekalkan operator telekomunikasi peralatan untuk membina dan menggunakan rangkaian dan juga perkhidmatan nasihat dan jurutera untuk mempertingkatkan effisiensi operasi. Semua ini termasuk perkhidmatan integrasi rangkaian untuk rangkaian mudah alih dan talian tetap; perkhidmatan jaminan seperti keselamatan rangkaian; dan perkhidmatan pembelajaran, seperti khidmatan nasihat kecekapan.

Pada tahun 2010, Huawei memenangi 47 kontrak perkhidmatan untuk membantu memperbaik prestasi dan effisiensi rangkaian untuk pelanggan, dan juga mengurangkan kos operasi dan pembaikan rangkaian. Pada tahun yang sama, keuntungan global Huawei bertumbuh sebanyak 28.6% kepada US$4.82 bilion.

Telefon pintar dan peranti Ascend

Telefon pintar Huawei Ascend P6

Bahagian Peranti Huawei membekalkan produk label-putih kepada pembekal perkhidmatan kandungan, termasuk modem USB, modem wayarles, modul terbenam, terminal wayarles tetap,pintu masuk wayarles, peti set-top, telefon bimbit dan produk video. Huawei juga menghasil dan menjual pelbagai peranti di bawah namanya, seperti telefon pintar dan PC tablet IDEOS. Produk terkini termasuk U8800, U8860, E220, Ascend, U7519, Huawei Mercury M886, dan U8150. Pada tahun 2010, Peranti Huawei menghantar 120 juta peranti di seluruh dunia. 20 juta telefon bimbit, yang 3.3 juta unit daripadanya merupakan telefon pintar, dihantar ke pasaran Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah.